Najib: Dasar Gaji Minimum Diharap Dapat Dilaksanakan Sebelum ...
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap dasar gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini.
Beliau berkata ini kerana beliau dimaklumkan oleh Kementerian Sumber Manusia bahawa Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara 2011 akan dibawa ke Kabinet untuk diputuskan tidak lama lagi, seterusnya akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini.
“Kalau lulus rang undang-undang ini, maka kita akan wujudkan majlis tersebut, saya berharap sebelum penghujung 2011 gaji minimum akan dapat dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena sambutan Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini malam Selasa.
Turut hadir ialah Presiden MTUC Mohd Khalid Atan, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Najib berkata selain dasar gaji minimum, beberapa perkara lain seperti elaun sara hidup (Cola), persaraan dan pekerja asing yang diutarakan oleh Mohd Khalid dalam ucapannya terdahulu akan dibawa ke majlis tersebut untuk diperhalusi secara mendalam.
“Apa yang dilontarkan oleh Presiden MTUC mendapat sokongan kerajaan, harus kita perjuangkan. Apa yang difikirkan baik oleh majlis itu akan dibawa kepada pertimbangan Menteri Sumber Manusia. Semua perkara ini amat wajar dihalusi secara mendalam supaya keputusan-keputusan kita nanti akan mendatangkan kebaikan untuk semua,” katanya.
Beliau berkata kerajaan telah mengambil beberapa tindakan yang mencerminkan bahawa beliau amat memahami hasrat para pekerja dan menyelami permasalahan mereka seperti menaikkan gaji posmen dan pengawal keselamatan di atas paras kemiskinan.
Dalam pada itu, Najib turut menyifatkan MTUC sebagai “umbrella body” bagi kesatuan-kesatuan sekerja di negara ini kerana ia merupakan satu badan yang boleh memainkan peranan positif untuk menjaga kebajikan para pekerja.
“Kepada 12 juta para pekerja Malaysia, saya ucapkan tahniah kerana telah berjaya mentransformasikan negara dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi dalam jangka masa hanya satu generasi sahaja,” katanya.
Beliau berkata cabaran untuk pekerja, majikan, kerajaan dan rakyat termasuk penjawat awam dan pekerja swasta pada masa kini ialah untuk sama-sama menyumbang ke arah menjayakan transformasi negara kepada sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. “Bagi menjayakan wawasan negara dan bagi kita merealisasikan masa depan yang lebih baik dan lebih terjamin kepada para pekerja dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya, maka kita perlu masing-masing berganding bahu sebagai satu pasukan negara Malaysia,” katanya.
Dasar Kerajaan Dan Kesatuan Sekerja Malaysia - Bookshelf
Borneo 2000: Language, management, and tourism
Secara tidak langsung, dasar pecah dan perintah kerajaan British waktu itu turut mempengaruhi pertumbuhan kesatuan sekerja yang mengasing-asingkan kehidupan ...Kajian Malaysia, Journal of Malaysian studies
Antara kesatuan ini ialah Kesatuan Pekerja-pekerja Perusahaan Nenas, ... dan umumnya, bersikap kritis terhadap dasar-dasar kerajaan. ...Child labour in Malaysia
Kesatuan Sekerja Di Malaysia, kesatuan sekerja dikawal rapi oleh pihak kerajaan dan hanya boleh ditubuhkan dengan kebenaran kerajaan. ...Nusantara
Undang-undang tersebut dianggap oleh MTUC sebagai menghalang pertumbuhan kesatuan sekerja yang kuat dan berkesan. Kerajaan telah mengenakan beberapa sekatan ...Kepemimpinan MTUC dan hubungan peusahaan di Malaysia
Dalam kes yang lain, terdapat dasar kerajaan tidak membenarkan pekerja-pekerja yang bekerja dalam syarikat bertaraf perintis untuk menubuhkan kesatuan ...News Article Directory
Gaji Minima: Perlu Keazaman Politik dan Perubahan Menyeluruh ...
tetapi wujud keazaman politik untuk Kerajaan melaksanakan dasar ini. ... menerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah memperjuangkan dasar gaji minima ...
Gaji minimum: Pemuda BN jumpa kesatuan, minta kerajaan ...
Gaji minimum: Pemuda BN jumpa kesatuan, minta kerajaan segerakan ... pertemuan dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan ...
MALAYSIA
pandangan pembangkang dan bilangan artikel yang mengkritik dasar-dasar kerajaan. Pihak ... dan Taoisme Malaysia, pihak kerajaan masih menyekat permohonan visa ...
Perlaksanaan Gaji Minimum Di Malaysia: Suatu Pandangan ...
... Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja ... kerajaan bahawa dasar ini sememangnya wajar dan diperlukan di Malaysia. Perundingan dan ...
Perlaksanaan Gaji Minimum Di Malaysia: Suatu Pandangan " Blog ...
... kerajaan bahawa dasar ini sememangnya wajar dan diperlukan di Malaysia. Perundingan dan ... di Malaysia tidak hanya dipelopori oleh pimpinan atasan kesatuan sekerja semata-mata ...